JOM BERCUTI
MASIH TERTANYA-TANYA DESTINASI PERCUTIAN ANDA.... UNTUK ORANG-ORANG YANG TINGGAL DI SEKITAR KEDAH..... X PERLU PERGI JAUH... CHALET TERAPUNG PPK MERBOK....
Chalet Terapung PPK Merbok...
MERBOK: Chalet Terapung Pertubuhan Peladang Kawasan Merbok yang terletak di Segantang Garam, di sini merupakan sebuah destinasi agropelancongan yang unik dan cantik dengan berlatar belakangkan panorama hutan paya bakau Sungai Merbok.
Untuk sampai ke Chalet Terapung Pertubuhan Peladang Kawasan Merbok ini, perjalanan darat 12 kilometer dari Pekan Merbok menghala ke Sungai Gelam, Bujang dan 20 minit menaiki bot dari Tanjung Dawai serta 30 minit menaiki bot dari Jeti Semeling.
Pengurus Bahagian Agro Pelancongan dan Infra Struktur Ladang di Pertubuhan Peladang Kawasan Merbok, Hamdan Awang berkata, antara kemudahan yang disediakan di situ ialah tiga buah chalet terapung dengan dua buah bilik tidur berhawa dingin setiap satu yang dilengkapi dengan perabut, peralatan dapur untuk memasak, televisyen dan kemudahan penginapan.
Menurutnya, kemudahan lain yang disediakan ialah pelantar terapung untuk aktiviti memancing dan riadah dilengkapi kiosk jualan makanan kering/minuman, kedai cenderamata, surau, tempat membakar ikan, akuarium dan sangkar ikan untuk memancing.
Bangunan pusat informasi dan sebuah dewan terapung untuk mesyuarat, jamuan makan, karaoke dan indoor games serta aktiviti berkayak turut disediakan di samping dua buah bot untuk aktiviti menyusuri Sungai Merbok, hutan paya bakau dan memancing di pulau-pulau berhampiran.
Jeti pendaratan/pelepas, pelantar menghubungi setiap bangunan terapung, wakaf menunggu serta kiosk jualan makanan kering dan minuman di darat, tapak meletak kenderaan dan jalan masuk melalui hutan paya bakau, bekalan air paip dan elektrik serta kemudahan internet, telefon dan Astro turut disediakan.
Untuk keterangan lanjut dan tempahan boleh menghubungi Pertubuhan Peladang Kawasan Merbok, Jalan Batu Hampar, 08400 Merbok, Kedah di talian 04-4572117 atau melalui faksimili: 04-4572611 (waktu pejabat) atau melalui e-mail: ppkmerbok@lpp.gov.my atau Hamdan Awang (019-4425560) atau Rozita Adnan (019-5775812) atau Mahayadin Bin Ismail 012-4633526
Price: $ 150
Kuantiti: 100
Kuantiti: 100
Contact:Nama Syarikat: Lembaga Pertubuhan Peladang Kedah
Poskod: 05710
Bandar: Alor Setar
Negeri: Kedah
Negara: Malaysia
No. Tel: 047333442
Google Map:
Poskod: 05710
Bandar: Alor Setar
Negeri: Kedah
Negara: Malaysia
No. Tel: 047333442
Google Map:
Chalet Terapung (PELADANG), Teluk Bayu, Sungai Petani, Kedah.
Cuti hujung minggu yang lalu berbaloi juga bila lepak2 ngan kengkawan kat Chalet Terapung Teluk Bayu. At least ada gak aktiviti dari dok melangut kat rumah je bila cuti2 hujung minggu. Ni pun tak plan sebenarnya. Malam sebelum tu dah bincang2 ngan diorang2 ni masa minum2 nak lepak mana weekend ni. Salah satu agendanya nak lepak kat chalet terapung nih. Tapi hari Jumaat tu masih tak decide lagi. Petang Jumaat tu, masa chatting2 ngan diorang ni terus plan nak ke sini je, apalagi
masing2 surf la cari nombor telefon chalet ni.
masing2 surf la cari nombor telefon chalet ni.
Alhamdulillah terjumpa gak kat net nombornya. Terus member sorang ni call. Ada chalet kosong. Selalunya penuh je. Kaki2 pancing selalu book. So terus booking dua chalet. Murah je. Satu chalet tu baru RM150. Kemudahannya ada dua bilik setiap satu chalet ngan setiap satu bilik tu ada aircond. Pastu ada dapur, tv, peti sejuk, pinggan mangkuk, kuali semua siap. Tempat bakar Barbeque pun ada. Tinggal nak bawa perkakas makanan je. Semua yang join 12 orang.
Sebenarnya cukup setahun pergi sini balik. Last year pun pernah lepak sini gak. Masa tu sehari nak puasa dah. Hari ni masuk, esok tu dah puasa. So sahur yang pertama untuk tahun lepas bermula kat chalet ni. Masa sahur goreng ikan2 yang dipancing.. hehe.. ada gak yang tak selera makan ikan yang dipancing tu.
Sampai kat chalet ni dalam pukul 5 petang. Rilex2 jap, pastu sapa yang bawa pancing tu, start lah memancing. Yang tak bawak pancing tu pulak, mengail guna tali je tanpa rod... letak je, dapat gak ikan. Kol 6 lebih mula bakar arang untuk buat BBQ. Memang santai habis stay kat situ, lelebih lagi kalo reramai ni. Kebetulan masa book dua chalet ni, tuan punya chalet ni dah combinekan sekali dua chalet ni, antara dua chalet ni ada dewan terapung. Memang luas la. Boleh berlari nak pergi ke chalet lagi satu tu. Dat means kalo ada sesapa nak buat majlis yang melibatkan ramai orang dalam anggaran 20-30 orang memang boleh la. Penjaga chalet tu nanti akan gabungkan semua chalet tu sekali ngan dewan tu.
No comments:
Post a Comment